Ketika isterimu menangis, genggamlah tangannya....

Hai kroneezen,

Hari ni rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu. Terutamanya kepada kroneezen yang bergelar suami. Sharing is caring kan....

Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sblm terlewat…”   Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi… Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!   Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!   Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.   Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam … Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.   Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?   Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”   Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..   TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..   SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .   PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..   Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..   Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..   Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .   Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..   Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..   TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.   Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…   Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…   Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Corat - coret Kronee Gathering - Episode 4

hye kroneezen,

ceo nk ucapkan terima kasih bebenor kepada kronee yang attend gathering-episode 4 pada 9 april yg lalu. Credit A+ utk :


1) Rosalinda - sms ko mmg power. to kronee yg macam blur2 ape yg aku maksudkan ni..tunggu, satgi aku citer...
2) nana - kem salam kat mak ko ek..sedap koci dia
3) mila - mee HK ko sampai kembang tunggu aku sampai kan. Sian ko..
4) ct norzila - air oren yg sejuk + tembikai
5) fizah - the acik n nenek to shasha
6) niza - the F1 circuit new driver
7) laily - air nescafe tu cket sgt ler
8) roziah -
9) erwina -
10) aroma -
11) jamil - uncle hijau aka seri muka
12) farijah - the last attendee


Alkisahnya, aku lambat gler petang tu. Sampai PD pun dah pukul 4pm. Sorri banyak2 geng sebab aku settle memasak pun kol 2pm..dan cik biru abes program pun kul 2pm gak. So kul 3pm baru gerak dari Shah Alam. Seriously, my teddy bear En. Niza drive macam F1 circuit driver that evening utk cept sampai ke PD. Alhamdulillah, kami selamat sampai dengan tempoh perjalanan hanya 1 jam. terror kan...kesan sampingan, aku pening dan hampir muntah!


Nak cter pasal rosalinda nyer sms- pergh!! Siyes.....mmg makan dlam beb! Yg kena aku pulak tu....Meh sini aku tepek kat cni ayat dia yer..."xpo, den tunggu ar yo laa . kito kan janji melayu. heheheheh" mak aii...siyesly..mmg menusuk kalbu sms ko tu ros. Dan aku menerimanya ngn hati terbuka. Janji tak buat lagi..ngeh ngeh ngeh.. Pada yang lain..yg tunggu aku jugak..sori k...



So acara potluck petang tu mmg meriah. Aku bawak kuey tiaw goreng, tauhu sumbat bersama muffin pisang. Mila bawak mee hong kong ngn popia. CT bawak air oren siap ada tong lagi...ngn tembikai. Nana bawak kuih muih...ros bawak mee goreng klas ngn tray catering lagi. Laily sampai lewat jugak...bawak air nescafe satu bekas tupperware. Mmg laku nescafe tu, sampai ada yang tak merasa gara2 ct yg bedal sampai 3 cup. Ops..bocor rahsia!!


Erwin sampai ngan aroma. Tq gals for the kacang rebus ngn kuih tokyo. Makan kacang rebus teringat pula cter 'Ada apa dengan cinta'. KACANG REBUS!!! Banyak mende pasal cinta, kalau bukan pasal cinta tak mungkin aku kawen ngn kawan skolah. Hey cinta kat mane2 je....so pada siapa2 yg masih mencari cinta jgn cepat putus asa k. Masih ada ruang utk korang.

Petang tu mmg penuh ngn sesi fotografi...sambil the ladies catch up the latest + basi nye gossip termasuk isu lapuk zaman skolah dulu. While the daddies sebuk layan anak2. Wah....tabik to the great daddies sbb gentleman biarkan all the mummies spent the lovely evening ngan kawan2.

By the way, aku nk kongsi satu cerita sedih. Igt lagi kawan kita siti uzira. Ekceli dia antara the earlierst yg kompom nk join gathering tapi sampai sudah tak nampak bayang. Kisah benarnya -uzira da sampai PD kol 3.45pm tapi tak tau nk carik kita tak mane. ooo...kesian sgt. 2 jam dia berlegar2 kat tepi pantai batu 8 tu mencari kita semua. i called her yesterday, say sorry + ampun. Both pun salah sbb tak simpan no memasing kan. She did update fb status but that day, sape laa antara kita yg masih tgk wall kronee sedangkan kronee sumer da ada kat tepi pantai. Again...so sori uzira. Promise, gathering episode 5 ni kita jumpa k. Miss u soooooooooo much.

Senja semakin larut, terasa pantas sangat masa berlalu. Kejap jek dapat huhahuaha ngn korang. Tak sempat nak catch up banyak mende but anyway, happy sgt sebab dpat jumpe korang. Di akui, this is the best gathering so far.

Pada yang kali pertama join gathering, aku ucapkan selamat datang. Pada yang setia bersama kronee dari episode 1...aku ucapkan terima kasih banyak2 sebab support grup ni. Tanpa kita semua, grup ni tak mungkin bermakna. Pada kronee lain yang belum ada kesempatan utk join, no heart feeling. Tiada paksaan utk hadir setiap gathering yang kiteorg buat, kalau ada masa datanglah. Kalau takde takpe..kite jumpa lain masa. Tak mustahil, ada satu masa nnt aku sendiri pun tak dapat hadir atas sebab2 tertentu.

Utk kronee juga, aku nk bgtau.....bukan aku je yg bleh create event. Sesiapa pun bleh...termasuk laa dogol. Hahaha...Dah episode 4 weh!!!

Piccas ni menjadi penutup utk gathering episode 4 kita kali ni. Again...trimas utk sumer kroneeze. Enjoice all the great piccas ehsan my lovely admin; ct ngan fizah aka biru selendang @ kronee grup.



Salam sayang buat sumer;
ainnLee

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Update ! - Gathering Episode 4

Hye kroneezen,

lama kita tak bersiaran, blog ter'update bagai sebulan sekali jek. Takpelah yer...asalkan ada berita. Igt lagi pasal plan nk gather kat Pengkalan Balak akhir bulan4....sorry to say sbb takde kekosongan during weekend. Mr.Niza dan ainnLee sendiri tak bleh amik cuti lelama during weekdays...so nak tak nak kena carik weekend jugak.

So sebagai menggantikan gathering episode 4 ni...ainnLee nk kite gather kat tepian pantai. Bleh kita bercanda, berkejar-kejaran dengan ombak....buat istana pasir..panggang itik..buat ketupat dan macam2 lagi. Tarikh awal 2 April, namun demi menghormati masa semua..ainnLee bukak discussion utk kite suggest date k.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Making of Gathering Episode 4

Hye kroneezen,

Lama tak bercerita dengan korang, apa khabar agaknya sumer org. Lately wall kronee sunyi sepi. Agaknya korang masih bz dengan agenda tahun baru tapi skang da masuk bulan 3..gaji pun da masuk kan...kan...kan...? (hehehe....sambil senyum nakal)

Bulan lepas, ada juga ainnLee berkira2 nk buat small gathering kat umah ainnLee d shah alam tapi terpaksa tangguhkan hingga saat ini lantaran kesibukan yang melangkaui kesibukan seorang mamanda sultan negeri. Dalam sunyi yang berpanjangan, minggu lepas wall ainnLee dterjah oleh wall post bro Jamil. Entry mmg menarik, superb!! Percutian 2h/1mlm d pengkalan balak. Khabarnya kat sana byk challet...

Lepas 2,3 hari menanti info, mam Jamil da paste info kat inbox ainnLee. Kat bawah ni info yg kita bleh share..:

ISMAH BEACH RESORT.PENGKALAN BALAK, MELAKA.
2H 1MRM99/ADULTRM48/CHILD (5-12YRS)
INCLUDING:
1/ BBQ DINNER ( ALL IN HOUSE FOODS) + BUFFET+WORKERS
2/ KAREOKE (UNTILL 12AM)
3/ GAMES ( ALL KIND)
4/ BREAKFAST - BUFFET (BEFORE CHECK OUT)
5/ ROOM/FAMILY/SHARING
TERM:
1/ MIN. DEPOSIT FOR BOOKING RM500.00
2/ MIN BOOKING: 20 PERSON
so, kita perlukan at least 20 org dewasa utk menjayakan agenda kali ni. Asyik makan2 je kan..bila plak kita nk bergumbira dengan aktiviti luar. So kronee, book your calendar utk hujung bulan April k. Exact date nnt aku kompomkan ble.
Macam bese, urusan booking dan attendance aku serahkan pada cik biru selendang ngn ct noorzila.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Minggu Berkasih sayang

Jumaat yang permai i guess, boss takde..keje pun kurang. So aku jalan2 kat wall kronee...melihat2 korang walau dari jauh, walau hanya online. Few mths back, ada beberapa entry yang menarik...bulan lepas entry yg samar2 dari aku...bulan ni...entry yg tak kompom dari achik fatty. Hmmm....to salina, achik fatty..kalau ada goodnews jgn lupe kongsi k. Later we can have baby shower together. A bit too early even u guys not confirming it yet, but i do pray for the best to come for u guys. also utk aku....hik hik.

To Razlin Haiqal & Papa Razi, tahniah atas kelahiran baby kedua. Singgah kat album budak 2 org ni, tapi x jumpe gambar baby terbaru dorang. So lin & razi, if u guys are reading this..jangan lupa upload gbr terbaru k.

Untuk kronee yang masih mencuba, teruskan usaha k. Tak rugi mencuba, lebeh2 lagi segalanya falls under ibadah. (Waaah.....ainnLee ke yg cakap ni..?)

I will declare next week is Minggu Berkasih sayang but aku tak celebrate. Aku celebrate kasih sayang setiap hari..setiap masa. Biarpun dalam cara yang agak berbeza...cinta tetap ada. Korang pun macam tu juga kan...? Tak salah mengungkap cinta, meluah rasa kasih lebih2 lagi pada dia dan mereka yang kita kasihi.

Ok kronee, sekian saja buat waktu ni. Ada masa kita sambung lagi....


Salam sayang,
ainnLee

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mari berkasih sayang

Hi kroneezen,

Terasa sekejap sgt bulan januari 2011, dah nk masuk feb plak. Org kata, feb bulan kasih sayang, ye ker.?? Tapi kita tak perlu tunggu feb saja kalau nk bercinta dan berkasih sayang kan. Hari-hari kita harus bercinta...dengan ibubapa, adik2, kawan2...anak2 apetah lagi suami sendiri. Pada yang da lama berumahtangga, terasa hangat cinta makin kurang, dah tak suam dah. Panas mati je. Tapi jangan pula sejuk dan membeku. Bimbang bila cinta tak lagi bertakhta di hati, yg indah hanya tinggal kenangan tapi yang buruk pula sering kita ungkitkan.

Benar, cinta tu ibarat pohon bunga yang perlu di baja, yang perlu disiram dan di jaga agar sentiasa subur, segar dan mewangi. ainnLee kongsikan tips ni utk diri sendiri dan utk korang jugak.

1) Mendengar, Menerima dan Menunjukkan Minat
Setiap individu pastinya ada banyak perkara yang hendak diperkatakan atau diberitahu kepada orang lain. Begitu juga suami isteri, pastinya ada perkara-perkara yang hendak diluahkan agar dapat dikongsi bersama. Jika suami isteri anda pulang ke rumah dan meluahkan perasaan, bersedialah untuk mendengarnya dengan penuh minat.

2) Berkasih sayang
Berkasih saayang merupakan aspek penting dalam kebahagian rumahtangga. Ia tidak semestinya diucapkan dengan kata-kata, sebaliknya boleh dizahirkan dengan perbuatan. Love is a verb. Rasa kasih dan sayang boleh dilahirkan dengan sentuhan atau berpegangan tangan ketika menonton TV, saling memilin kaki ketika sama-sama membaca akhbar di hujung minggu, tanpa perlu diucapkan dengan kata- kata.

3) Ambil Berat
Timbang rasa ialah cara yang sangat berkesan untuk melonjak rumahtangga anda ke arah yang lebih positif. Misalnya hari ini suami anda dikehendaki membentangkan kertas kerja projek. Luangkan sedikit masa untuk menelefonnya sekadar untuk bertanyakan keadaan dan mengucapkan selamat berjaya. Tunjukkan bahawa anda ambil berat. Berikan sokongan jika dia sedang bersedih atau panik.

4) Menghargai Perkahwinan
Untuk menghargai perkahwinan, kenangkan kembali detik-detik indah masa lalu. Kenangkan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan anda di awal perkahwinan dahulu. Semarakkan memori indah itu setiap kali anda berdua menghadapi masalah dalam perhubungan. Mengingati saat- saat indah ini akan dapat menghilangkan perasaan marah terhadap pasangan anda. Berikan pujian kepada pasangan dan luahkan rasa bangga kepada pasangan anda. Bersetuju dengan idea pasangan, cadangan atau penyelesaiannya adalah satu cara untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan.

5) Saling Memahami
Suami isteri perlu pandai menyelami hati masing-masing. Anda boleh tunjukkan bahawa anda benar-benar memahami dan merasai apa yang pasangan anda rasakan hanya dengan ekspresi wajah seperti riak sedih, bimbang dan sebagainya. Empati juga boleh diluahkan dengan berkata sesuatu yang dapat menenangkan hati pasangan anda.

6) Ada Senda Gurau
Menyakat , bergurau, dan melawak bersama boleh menyuburkan lagi ikatan perkahwinan atau hubungan suami isteri. Bersuka-suka begini boleh mendekatkan diri anda dengan suami atau isteri. Anda menjadi semakin intim. Kongsilah perasaan seronok dan gembira bersama dan beritahulah pasangan anda bahawa anda sedang menikmati saat yang indah bersamanya.

7) Saling Mendoakan
Doakanlah pasangan anda. Cari waktu-waktu yang paling sesuai untuk berdoa khususnya selepas solat. Jangan hadkan waktu doa. Anda boleh berdoa sama ada dengan melafazkan doa atau sekadar memohon dengan hati. Doakan kesejahteraan dan kejayaan pasangan masing-masing.

Salam sayang;
ainnLee


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Latest update pasal Syam

Hi Kroneezen,

Ingat lagi pasal norman yang dah pindah Tganu..?? Sian kembar dia yang teringgal kat KL sampai terupdate status kat FB betapa bosan nyer fuad tanpa norman. Sabar yer ad.

Lali ni nk update pasal Syam. Hari ni syam update status "Good bye KL, see u soon". Sepantas kilat aku tanya where to. Alkisahnya syam akan berhijrah ke Langkami demi menjayakan impiannyer. Jadik penyanyi kat lounge. Waa....kite ada kawan penyanyi kelab rupenye. Pada sesiapa yang pegi vacation arah langkawi bleh laa amik no hp dia..senang2 later on boleh syam payung suite bulan made utk korang. Hak hak hak...


Anyway, good luck for syam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

FB shutting down...

Hi kroneezen, kita bersiaran lagi lepas layan AJL semalam. Anna raffali menang..?? Ada yang suka ada yang tak suka. Aku..??? no komen, biarkan saja mereka dengan lagu-lagu mereka, sekadar enjoy each one of their performance. btw, tentu berdamarkan kena lempang ngan nasha aziz? hahahaha....



Sejak 2,3 minggu lepas rumors tentang FB is closing down agak meresahkan fb users. korang ok ker....? aku bertanya-tanya, bizness dah million-million takkan nk tutup kot, seumpama tabur pasir dalam periuk sendiri plak. Anyway, search punye search...pihak FB da menafikan rumors berkenaan. Huyaa huyaa huya......



"LAS VEGAS (AFP) – A rumor Facebook was shutting down wafted over the Web, forcing the hugely popular social network to deny it had any intention of closing.
The rumor was started by a satirical online website whose other news flashes include such items as "Alien Spaceships to Attack Earth in 2011" and "George Clooney Running for President."
As unlikely as it would seem that the social network with more than 500 million members would shut down, the rumor spread rapidly on Twitter and on Facebook itself.
Facebook denied it was shutting down in a statement posted on... Facebook.
"We didn't get the memo about shutting down, so we'll keep working away like always. We aren't going anywhere; we're just getting started," it said."



actual link kat cni : http://news.yahoo.com/s/afp/20110110/tc_afp/usitcompanyinternetfacebook_20110110015435

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pemergian seorang ayah - Laily & Ochee

Delay update - Bapa kepada kronee kita cik puan laily and cik puan roziah telah kembali ke rahmatullah, 2 minggu lepas. Sorry geng, i missed the count and really lost the exact date. Aku dapat cter ni pun dari cik puan marliana yang ping aku kat skype. Thanx alot mar. Aku pasti, dalam rasa kesedihan dan kehilangan yang amat sangat..laily tak sempat nk update aku tau kawan2 yang lain.

Khabarnya, ayah laily rebah di bilik air pada dinihari tanpa pengetahuan sesiapa. Arwah sering menunaikan solat sunat dinihari dan kelazimannya akan menyambung tdur selepas itu. Hanya subuh pagi tu baru mak laily perasan tentang arwah. Tiada apa yang dapat menghalang..ketentuan Allah, perginya di jemput tatkala berniat menunaikan solah. Ya Allah, manis sungguh langkah itu, biarpun pemergian itu tanpa rela dan tiba-tiba, redhalah. Moga arwah bapa laily semadi dengan aman dan ditempatkan di kalangan orang2 yang solih. Amin.

Apa yang mampu waktu ini, aku doakan laily, ochee dan keluarga tabah menghadapi hari2 akan datang biarpun tanpa ayah. Temankan mak selalu..sebab dia pasti akan terasa kehilangan yang amat sangat, mentelah lagi dah puluhan tahun hidup bersama.

Biarpun jasad berkalang tanah sekalipun, kenangan dan ingatan tetap kekal dalam hati masing2. Maafkan aku sbb tak pernah benar2 mengenali ayah kalian berdua...tapi aku tetap rasa sebak kala nukilan ini di tulis. Jangan ada yang tertumpah kat keyboard sudah!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

5 hari di 2011

Hi Kroneezen,

kita dah pun menginjak ke tahun 2011, Selamat Tahun Baru buat semua ya. Aku doakan pada yang sambut hari lahir seawal bulan Januari - Selamat Hari Tua. wakakakaka!!! Anyway, ape sangat laa yang ada pada nomborkan..? Yang penting jiwa kita, selagi hati muda...ape de hal..! Aku doakan kita semua beroleh kebahgian dunia dan akhirat, semoga tahun baru ini beri kita sinar kegembiraan yang berpanjangan. Pada yang bikin bisnes..makin maju dan berjaya. Kaya-kaya boleh taja kroneezen bercuti kat luar negara. Wah, berangan kuat ceo..haruz gitu! kalau xde angan-angan, mane datang cita-cita. Pada yang makan gaji, kerja rajin-rajin key coz at the end of the mth dapat gaji boleh buat saving, da cukup banyak nnt kite pegi bercuti sama-sama yer.

Mengulas sepanjang 2010 - menarik sebab Kronee STDUMA - class of '97 di tubuhkan pada tahun ni. Asalnye, secara tak sengaja. Aku telah dipaksa utk create acc FB oleh adik perempuan aku, during that time hapah pun aku x tau pasal FB nie. aku tengok budak opis gilerkan mende ni..dari jauh aku nampak color corporate biru dia da nampak laa muke kgkawan dorang. Aku x minat..byk lagi mende lain. Aku serious on blogging....

Bila aku da create my fb acc, baru aku terniat nak carik kengkawan zaman skolah dulu. Gitu laa ceritanya....till todate, bilangan kronee agak boleh dibanggakan lah....walaupun x hit grand total 100org lagi. Till todate, still ada yang tak accept invitation aku, wonder whether they all xtau nk tgk fren request ker atau tak nak join grup ni. it's ok....but aku sangat happy bile ada yang request nk join grup ni...kecil tapak tangan, besar stadium bukit jalil aku tadahkan.

1st time aku gathering kat Taipan USJ. aku takut nak create event ni..aku risau kalau kite sumer berpuak2 masa jumpe tu tapi TIDAK sama sekali. bila dapat jumpe, tgk muka..dapat salam...terus jek mood budak2 zaman skolah dulu segar dalam diri. terus saja cerita2 lama kite dulu kite recall..terus je kita ketawa tanpa igt dunia..terus jek kite buat gossip dan ketupat tak kisah org yang di umpat tu ada depan mata atau tak. Sumer kelakar, sumer lawak...sumer tu masih segar dalam ingatan kita. Betapa seronok zaman skolah dulu..dan aku seronok tengok korang gelak2 kat sana...seronok dalam kumpulkan kengkawan.

Gathering seterusnya pun happening. Aku seronok sebab kita makin akrab, kita makin mesra even masa skolah dulu kita saling membenci. hahaha..aku tau key! kelas A benci kelas B. kelas E benci kelas F. gitu laah!!!!

Kalau zaman skolah dulu, aku tak pernah sepatah pun cakap ngn korang tapi dkat fb..berpatah2 kite komen mengomen. Bila tepon, berbaris2 ayat yang d ucap. BIla jumpe...satu novel kite bercerita. haish....

Anyway, syukur pada Allah yang telah beri kita ruang dan waktu utk kite bertemu begini, biarpun lewat tatkala memasing da ada anak 2 atau 5 but still aku bersyukur kita dapat bertemu. Pada pasangan memasing, trimas sebab korang sudi luangkan masa dan berkenalan dengan kroneezen. teruslaa jadi kawan kiteorg..coz soulmate kroneezen adalah teman kronee jugak. Pada yang single mingle...teruskan pencarian, kalau ada yang berkenan antara kroneezen..apa lagi..?? Kalau yg single tu sok buat kenduri kawen..da tentu meriah gler kan..

take gudcare kroneezen, dengan ini aku (ceo) aktifkan blog ni sempena tahun baru 2011. to those yang nk tinggalkan nukilan di sini...silakan. Just create satu acc blogspot dan register kat blog ni as user. kalau tak pasti, contact aku...aku ajarkan cara-caranya...

till then, sampai ketemu lagi kroneezen...





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kami tertanya-tanya...

Bukan sorang, bukan 2org..tapi beberapa kronee agak pelik...melihat ada kelibat stranger dalam 'closed grup' ni. tertanya-tanya siapa gerangannya...tanpa nama, tanpa profile...tanpa gambar. mencari siapa empunya diri tanpa hampa....Beberapa kali meneliti komen2 tanya nama itu....baru terperasan....cik fiza hassan kita hilang tanpa berita. Port out dari grup...hilang dari senarai kawan-kawan...

Makin byk soklan...kenapa dengan fizah..ramai juga yg pelik...apa yg mendorong saudari kita itu memilih tindakan sedemikian rupa. kepada sesiapa juga, rakan2 d kronee..panjangkan persoalan ini. sesiapa yg biasa keep in touch dengannya..panjangkan salam kami. moga fiza beroleh kesejahteraan d waktu ini. walau apa jua persoalannya..aku doakan fiza selamat.

fiza, jika awak membaca....khabarkan berita yer....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Wedding DD n Izwah - 27 Feb 2010


Tema warna maroon menjadi pilihan didi dan isteri pada hari persandingan mereka. nampak indah pelamin atas pentas tapi sayang..kami sampai lewat. didi dah bersanding pon, da selesai makan pon sambil cit cat ngn datuk undang.

Jam da 2petang..mila da sampai. aku n mr Niza masih terkial2 ..terpaksa patah balik ke rumah sbb lupa bawak hadiah perantin. sorry milaa....hehehe. Masuk dewan...jamu perut dulu. sambil basahkan tekak ngn air sirap perantin petang tu...cuci mata melihat sekeliling kalau2 ada kronee yg lain. Hampa..xde sape pon. Yg perasan 'sam razali' yg setia menjadi pengapit didi petang tuh. Terserempak ngn shazril anil n wife. da kawen mamat tu.....sambil suap shasha makan nasi minyak sambil borak2 ngan Qarlida(nama wife shazril anil).

Khabarnya, razi dan isteri pun ada..tapi da balik awal. Razi budak pendita...skang Mr Fireman. Last update razi stay kat puchong keje kat balai bomba subang. Since da kawen dan ada anak sorang, xpasti plak Razi tinggal dimana. Ops...Razi pun kawen ngn skoolmate kita gak; Lin. Sorry, nama penuh aku da lupe....tapi kalau ada gbr sure korang leh igt kot.

Suasana agak lengang...almaklum laa, da petang..ramai tetamu da balik pon. sure ramai yg serbu masa tengahari agaknye. Halwa telinga dsajikan pula dengan karaoke..pandang2 rupenye budak katering yg nyanyi..ok laa jugak. Aku n mila saling memandang....layaaaaan.

Shasha joget-joget layan lagu karaoke tapi amar (anak mila) da ngeliat-ngeliut kat riba mama dia, dah ajak balik daa. Bile kenalkan budak kecik 2org, masing2 da berebut-rebut nk cium tangan bile bersalaman. Sape patut cium tangan sape nih....hehehe

Dah datang dari jauh, x sah kalau x amik gbr....ni jek yg sempat. Kabel kamera aku lom beli lagi..so harapkan mila jadi penyumbang terbesar koleksi kronee kali ni. Credit to u mila.....

Kami tamatkan pertemuan petang tu sambil melangkah keluar dewan Kuala Klawang. Da peluk cium...mila n family teruskan perjalanan balik kampung ke palong. Aku pula balik ke rumah bonda mertua di Bandar Tinggi. Biarkan pun sekejap...tapi bila dapat jumpe kawan2..terasa best sangat. Aku dan mila...masa skolah tak pernah bertegur sapa...tapi FB menemukan kami. Makin lama makin mesra pulak..hahahaha. Itu yg kite nak....

Satu acara telah selesai....didi kini meneruskan hidup berdua...makin bertambah keluarga kronee. Bakal meriah ngn little kronee kelak...(yeeehaaa)
*To didi n izwah - selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia ke anak cucu dan sehingga ke hujung nyawa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jam da menunjukkan 8pm, ainnLee masih lagi drumah....aku igt lagi, jam 8.15pm aku masih lagi berborak dengan ochee kat hp. Standing ovasion nk bagi kat ochee even she's not sign up to facebook, still connected to this gathering. Credit to achik yg memanjangkan gathering urus ni. Sedang aku ligat layan ochee, my hubby aka Mr Niza sebok dtalian ngn en jamil. Kalau nk kira, aku ngn jamil takde laa jauh sgt, 20mins da sampai kot...tapi mamat ni bleh plak bg alasan shah alam ujan lebat. eh eh..aku pon dok shah alam gak..elok je kering kontang tanah depan umah ni. Jamil jamil..ko nk kelontang aku pon....tgk tgk aar. Dass!!!

Aku sampai Taipan hampir kol 9pm - hmm da agak da, sure xde yg ontime. So aku tak di bebani rasa bersalah kerana sampai lambat. Kiyai da bagi signal meaning gathering venue da booked. Aku usha tempat tu...several table booked...tapi cukup ker? tgh tgh duduk..fuad n anak2 pon sampai. menyusul beberapa minit lepas tu norman plak. ochee....still calling calling...bertanya kan arah. CT on the day.....tabik spring to ct coz willing to spent her time travelling from seremban to usj. Dalam kead yang tak dsangka-sangka, jamil n family pon sampai. 1st time met his wife named Farah. ikut serta sepasang anak mereka yg hyperaktif terutamanya c hero. Few minutes later ochee pon smpai dengan family. Her husband, mr azmi kroni stduma juga - buat form6. Ochee's hubby quite shy mlm tu....sebok layan anak..ochee plak sebok ngn kami. Ops...lupe nk introduce, ochee tu aka Roziah Mat, budak sarjana.

* 3org takde bersama malam tu...fizah, dengar khabar nya demam. Last2 minute baru nk demam ni. Marliana, parents datang dari kg..so cannot escape then azron izwan aka dogol. Sampai hari ni xde dengar khabar berita si dogol....

Kead quite havoc, cakap pon kene jerit2....so pada ladies yg da kawen cam aku, ochee n farah..nk jerit2 kat anak sampai terkeluar anak tekak pon tarak hal. Haha....cond required us to do. Tinggal ct jek yg masih perawan so kene jaga budi pekerti laa eh. hehehe....

Da abis sesi bertanya khabar, sesi makan plak menyaksikan kami bertukar mangkok mee sup. Ni sup daging ke ayam, mee ke mihun..ko order ape...ko order ape.? ko lak makan ape....nasib baik takde yg respon..malam tu xnak makan ape2. Anyway..2thumbs up kepada "kaki sup stall". mmg sedap, x rugi order mlam tu, harga mknn pon tak mahal.... Pada yg bawak anak bersama, mmg sesuwai sesangat menu mlm tu...soupy dan x pedas.

So gathering malam tu kronee yg ada cume aku, mr niza, ct norzila, fuad, norman,jamil n ochee.

***bersambung

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Gathering Episode 1

Gathering episode 1 created :

Date: 06 Feb 2010
Venue : Hj Samuri Satay Kajang
Time : 8.00pm

Attendance : (still waiting fr respond)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Januarian Kronees

dear Januarian kronee,

happy birthday...ada yang dah 30..ada yang tgh tunggu berumur 30...ada yang tak sabar2 nk tunggu berumur 30tahun..? ape2 pung..selamat hari lahir buat u'oll.

Januari ni...kronee yg celebrate bday:

  • Shafrizal - 16hb
  • Laily - 20hb
  • Ameng - 22hb
*ada lagi ker..?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

























the best photo so far...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Qualified ke tak nk join Kronee..?

masa create grup kronee kat FB xde hal....bile da create blog grup yg sama..memacam plak soklan nye. bleh join ke tak klau blaja till '93,'95 lah...hish, memacam laa korang ni. Observation has been made, selepas 2hari.....pemerhatian tu telah tersimpul pada satu titik je.Yg banyak soal ni rupe2 nyer budak gersang 2org tu je.Yg lain ok jek....sian....(ainnlee berasa kesian sambil menggeleng-gelengkan kepalanya) Air da naik kepala kot....ish ish ish...

To kronee, purposely creating the cronism sentimen into this blog. Kalau penah skolah kat STDUMA seawal tahun 1993..lahir tahun 79/80 xkisah laa grad tahun berapa..walaupun dok skolah tu satu hari je..korang still qualified utk join grup nie. Qualification same jek masa nk join grup kat fb. xde fee...xde soklan nk kene jawab. kasi klik jer...wokeh...??

By the way, kasi update korangnye email address ya. Reason y..?

  • sbb nk update korang as an author utk blog ni. later on, bleh drop in korangnye cerita-ceriti. bukan setakat tinggal komen jek. but 1st, kene create blogspotnye acc lah...
  • korangkan byk cter...setakat kolum kat fb tu xmuat nk store kitenye kutukan....so kat cni ruang lebeh besar...hehehe
  • asah bakat korang as blogger - kepada sesiapa yang terlalu byk luahan perasaan, terlalu tinggi nilai kesusasteraannya..bleh kongsi ngn grup. komentator byk ni...terutamanya si jambul.
>ainnLee

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mulanya di sini.................Freedom

Kroneesm...Mulanya di sini.

Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Di antara kita berdua

Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu

Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlalu

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini

Oh... sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasa i

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS