Pemergian seorang ayah - Laily & Ochee
Delay update - Bapa kepada kronee kita cik puan laily and cik puan roziah telah kembali ke rahmatullah, 2 minggu lepas. Sorry geng, i missed the count and really lost the exact date. Aku dapat cter ni pun dari cik puan marliana yang ping aku kat skype. Thanx alot mar. Aku pasti, dalam rasa kesedihan dan kehilangan yang amat sangat..laily tak sempat nk update aku tau kawan2 yang lain.
Khabarnya, ayah laily rebah di bilik air pada dinihari tanpa pengetahuan sesiapa. Arwah sering menunaikan solat sunat dinihari dan kelazimannya akan menyambung tdur selepas itu. Hanya subuh pagi tu baru mak laily perasan tentang arwah. Tiada apa yang dapat menghalang..ketentuan Allah, perginya di jemput tatkala berniat menunaikan solah. Ya Allah, manis sungguh langkah itu, biarpun pemergian itu tanpa rela dan tiba-tiba, redhalah. Moga arwah bapa laily semadi dengan aman dan ditempatkan di kalangan orang2 yang solih. Amin.
Apa yang mampu waktu ini, aku doakan laily, ochee dan keluarga tabah menghadapi hari2 akan datang biarpun tanpa ayah. Temankan mak selalu..sebab dia pasti akan terasa kehilangan yang amat sangat, mentelah lagi dah puluhan tahun hidup bersama.
Biarpun jasad berkalang tanah sekalipun, kenangan dan ingatan tetap kekal dalam hati masing2. Maafkan aku sbb tak pernah benar2 mengenali ayah kalian berdua...tapi aku tetap rasa sebak kala nukilan ini di tulis. Jangan ada yang tertumpah kat keyboard sudah!!
0 Response to "Pemergian seorang ayah - Laily & Ochee"
Post a Comment