Mari berkasih sayang

Hi kroneezen,

Terasa sekejap sgt bulan januari 2011, dah nk masuk feb plak. Org kata, feb bulan kasih sayang, ye ker.?? Tapi kita tak perlu tunggu feb saja kalau nk bercinta dan berkasih sayang kan. Hari-hari kita harus bercinta...dengan ibubapa, adik2, kawan2...anak2 apetah lagi suami sendiri. Pada yang da lama berumahtangga, terasa hangat cinta makin kurang, dah tak suam dah. Panas mati je. Tapi jangan pula sejuk dan membeku. Bimbang bila cinta tak lagi bertakhta di hati, yg indah hanya tinggal kenangan tapi yang buruk pula sering kita ungkitkan.

Benar, cinta tu ibarat pohon bunga yang perlu di baja, yang perlu disiram dan di jaga agar sentiasa subur, segar dan mewangi. ainnLee kongsikan tips ni utk diri sendiri dan utk korang jugak.

1) Mendengar, Menerima dan Menunjukkan Minat
Setiap individu pastinya ada banyak perkara yang hendak diperkatakan atau diberitahu kepada orang lain. Begitu juga suami isteri, pastinya ada perkara-perkara yang hendak diluahkan agar dapat dikongsi bersama. Jika suami isteri anda pulang ke rumah dan meluahkan perasaan, bersedialah untuk mendengarnya dengan penuh minat.

2) Berkasih sayang
Berkasih saayang merupakan aspek penting dalam kebahagian rumahtangga. Ia tidak semestinya diucapkan dengan kata-kata, sebaliknya boleh dizahirkan dengan perbuatan. Love is a verb. Rasa kasih dan sayang boleh dilahirkan dengan sentuhan atau berpegangan tangan ketika menonton TV, saling memilin kaki ketika sama-sama membaca akhbar di hujung minggu, tanpa perlu diucapkan dengan kata- kata.

3) Ambil Berat
Timbang rasa ialah cara yang sangat berkesan untuk melonjak rumahtangga anda ke arah yang lebih positif. Misalnya hari ini suami anda dikehendaki membentangkan kertas kerja projek. Luangkan sedikit masa untuk menelefonnya sekadar untuk bertanyakan keadaan dan mengucapkan selamat berjaya. Tunjukkan bahawa anda ambil berat. Berikan sokongan jika dia sedang bersedih atau panik.

4) Menghargai Perkahwinan
Untuk menghargai perkahwinan, kenangkan kembali detik-detik indah masa lalu. Kenangkan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan anda di awal perkahwinan dahulu. Semarakkan memori indah itu setiap kali anda berdua menghadapi masalah dalam perhubungan. Mengingati saat- saat indah ini akan dapat menghilangkan perasaan marah terhadap pasangan anda. Berikan pujian kepada pasangan dan luahkan rasa bangga kepada pasangan anda. Bersetuju dengan idea pasangan, cadangan atau penyelesaiannya adalah satu cara untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan.

5) Saling Memahami
Suami isteri perlu pandai menyelami hati masing-masing. Anda boleh tunjukkan bahawa anda benar-benar memahami dan merasai apa yang pasangan anda rasakan hanya dengan ekspresi wajah seperti riak sedih, bimbang dan sebagainya. Empati juga boleh diluahkan dengan berkata sesuatu yang dapat menenangkan hati pasangan anda.

6) Ada Senda Gurau
Menyakat , bergurau, dan melawak bersama boleh menyuburkan lagi ikatan perkahwinan atau hubungan suami isteri. Bersuka-suka begini boleh mendekatkan diri anda dengan suami atau isteri. Anda menjadi semakin intim. Kongsilah perasaan seronok dan gembira bersama dan beritahulah pasangan anda bahawa anda sedang menikmati saat yang indah bersamanya.

7) Saling Mendoakan
Doakanlah pasangan anda. Cari waktu-waktu yang paling sesuai untuk berdoa khususnya selepas solat. Jangan hadkan waktu doa. Anda boleh berdoa sama ada dengan melafazkan doa atau sekadar memohon dengan hati. Doakan kesejahteraan dan kejayaan pasangan masing-masing.

Salam sayang;
ainnLee


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Latest update pasal Syam

Hi Kroneezen,

Ingat lagi pasal norman yang dah pindah Tganu..?? Sian kembar dia yang teringgal kat KL sampai terupdate status kat FB betapa bosan nyer fuad tanpa norman. Sabar yer ad.

Lali ni nk update pasal Syam. Hari ni syam update status "Good bye KL, see u soon". Sepantas kilat aku tanya where to. Alkisahnya syam akan berhijrah ke Langkami demi menjayakan impiannyer. Jadik penyanyi kat lounge. Waa....kite ada kawan penyanyi kelab rupenye. Pada sesiapa yang pegi vacation arah langkawi bleh laa amik no hp dia..senang2 later on boleh syam payung suite bulan made utk korang. Hak hak hak...


Anyway, good luck for syam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

FB shutting down...

Hi kroneezen, kita bersiaran lagi lepas layan AJL semalam. Anna raffali menang..?? Ada yang suka ada yang tak suka. Aku..??? no komen, biarkan saja mereka dengan lagu-lagu mereka, sekadar enjoy each one of their performance. btw, tentu berdamarkan kena lempang ngan nasha aziz? hahahaha....



Sejak 2,3 minggu lepas rumors tentang FB is closing down agak meresahkan fb users. korang ok ker....? aku bertanya-tanya, bizness dah million-million takkan nk tutup kot, seumpama tabur pasir dalam periuk sendiri plak. Anyway, search punye search...pihak FB da menafikan rumors berkenaan. Huyaa huyaa huya......



"LAS VEGAS (AFP) – A rumor Facebook was shutting down wafted over the Web, forcing the hugely popular social network to deny it had any intention of closing.
The rumor was started by a satirical online website whose other news flashes include such items as "Alien Spaceships to Attack Earth in 2011" and "George Clooney Running for President."
As unlikely as it would seem that the social network with more than 500 million members would shut down, the rumor spread rapidly on Twitter and on Facebook itself.
Facebook denied it was shutting down in a statement posted on... Facebook.
"We didn't get the memo about shutting down, so we'll keep working away like always. We aren't going anywhere; we're just getting started," it said."



actual link kat cni : http://news.yahoo.com/s/afp/20110110/tc_afp/usitcompanyinternetfacebook_20110110015435

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pemergian seorang ayah - Laily & Ochee

Delay update - Bapa kepada kronee kita cik puan laily and cik puan roziah telah kembali ke rahmatullah, 2 minggu lepas. Sorry geng, i missed the count and really lost the exact date. Aku dapat cter ni pun dari cik puan marliana yang ping aku kat skype. Thanx alot mar. Aku pasti, dalam rasa kesedihan dan kehilangan yang amat sangat..laily tak sempat nk update aku tau kawan2 yang lain.

Khabarnya, ayah laily rebah di bilik air pada dinihari tanpa pengetahuan sesiapa. Arwah sering menunaikan solat sunat dinihari dan kelazimannya akan menyambung tdur selepas itu. Hanya subuh pagi tu baru mak laily perasan tentang arwah. Tiada apa yang dapat menghalang..ketentuan Allah, perginya di jemput tatkala berniat menunaikan solah. Ya Allah, manis sungguh langkah itu, biarpun pemergian itu tanpa rela dan tiba-tiba, redhalah. Moga arwah bapa laily semadi dengan aman dan ditempatkan di kalangan orang2 yang solih. Amin.

Apa yang mampu waktu ini, aku doakan laily, ochee dan keluarga tabah menghadapi hari2 akan datang biarpun tanpa ayah. Temankan mak selalu..sebab dia pasti akan terasa kehilangan yang amat sangat, mentelah lagi dah puluhan tahun hidup bersama.

Biarpun jasad berkalang tanah sekalipun, kenangan dan ingatan tetap kekal dalam hati masing2. Maafkan aku sbb tak pernah benar2 mengenali ayah kalian berdua...tapi aku tetap rasa sebak kala nukilan ini di tulis. Jangan ada yang tertumpah kat keyboard sudah!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

5 hari di 2011

Hi Kroneezen,

kita dah pun menginjak ke tahun 2011, Selamat Tahun Baru buat semua ya. Aku doakan pada yang sambut hari lahir seawal bulan Januari - Selamat Hari Tua. wakakakaka!!! Anyway, ape sangat laa yang ada pada nomborkan..? Yang penting jiwa kita, selagi hati muda...ape de hal..! Aku doakan kita semua beroleh kebahgian dunia dan akhirat, semoga tahun baru ini beri kita sinar kegembiraan yang berpanjangan. Pada yang bikin bisnes..makin maju dan berjaya. Kaya-kaya boleh taja kroneezen bercuti kat luar negara. Wah, berangan kuat ceo..haruz gitu! kalau xde angan-angan, mane datang cita-cita. Pada yang makan gaji, kerja rajin-rajin key coz at the end of the mth dapat gaji boleh buat saving, da cukup banyak nnt kite pegi bercuti sama-sama yer.

Mengulas sepanjang 2010 - menarik sebab Kronee STDUMA - class of '97 di tubuhkan pada tahun ni. Asalnye, secara tak sengaja. Aku telah dipaksa utk create acc FB oleh adik perempuan aku, during that time hapah pun aku x tau pasal FB nie. aku tengok budak opis gilerkan mende ni..dari jauh aku nampak color corporate biru dia da nampak laa muke kgkawan dorang. Aku x minat..byk lagi mende lain. Aku serious on blogging....

Bila aku da create my fb acc, baru aku terniat nak carik kengkawan zaman skolah dulu. Gitu laa ceritanya....till todate, bilangan kronee agak boleh dibanggakan lah....walaupun x hit grand total 100org lagi. Till todate, still ada yang tak accept invitation aku, wonder whether they all xtau nk tgk fren request ker atau tak nak join grup ni. it's ok....but aku sangat happy bile ada yang request nk join grup ni...kecil tapak tangan, besar stadium bukit jalil aku tadahkan.

1st time aku gathering kat Taipan USJ. aku takut nak create event ni..aku risau kalau kite sumer berpuak2 masa jumpe tu tapi TIDAK sama sekali. bila dapat jumpe, tgk muka..dapat salam...terus jek mood budak2 zaman skolah dulu segar dalam diri. terus saja cerita2 lama kite dulu kite recall..terus je kita ketawa tanpa igt dunia..terus jek kite buat gossip dan ketupat tak kisah org yang di umpat tu ada depan mata atau tak. Sumer kelakar, sumer lawak...sumer tu masih segar dalam ingatan kita. Betapa seronok zaman skolah dulu..dan aku seronok tengok korang gelak2 kat sana...seronok dalam kumpulkan kengkawan.

Gathering seterusnya pun happening. Aku seronok sebab kita makin akrab, kita makin mesra even masa skolah dulu kita saling membenci. hahaha..aku tau key! kelas A benci kelas B. kelas E benci kelas F. gitu laah!!!!

Kalau zaman skolah dulu, aku tak pernah sepatah pun cakap ngn korang tapi dkat fb..berpatah2 kite komen mengomen. Bila tepon, berbaris2 ayat yang d ucap. BIla jumpe...satu novel kite bercerita. haish....

Anyway, syukur pada Allah yang telah beri kita ruang dan waktu utk kite bertemu begini, biarpun lewat tatkala memasing da ada anak 2 atau 5 but still aku bersyukur kita dapat bertemu. Pada pasangan memasing, trimas sebab korang sudi luangkan masa dan berkenalan dengan kroneezen. teruslaa jadi kawan kiteorg..coz soulmate kroneezen adalah teman kronee jugak. Pada yang single mingle...teruskan pencarian, kalau ada yang berkenan antara kroneezen..apa lagi..?? Kalau yg single tu sok buat kenduri kawen..da tentu meriah gler kan..

take gudcare kroneezen, dengan ini aku (ceo) aktifkan blog ni sempena tahun baru 2011. to those yang nk tinggalkan nukilan di sini...silakan. Just create satu acc blogspot dan register kat blog ni as user. kalau tak pasti, contact aku...aku ajarkan cara-caranya...

till then, sampai ketemu lagi kroneezen...





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS